Bulughul Maram

Kitab Makanan: Bab Udhhiyah, Jagal Tidak Boleh Diupah dengan Bagian Hewan Kurban, Hadis No. 1367

Artikel - Senin, 25 Juli 2022

1367 - وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - رضي الله عنه - قَالَ: أَمَرَنِي النَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم - أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ, وَأَنْ أُقَسِّمَ لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلَالَهَا عَلَى الْمَسَاكِينِ, وَلَا أُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا مِنْهَا شَيْئًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. (1)
__________
(1) - صحيح. رواه البخاري (1707)، ومسلم (1317) بنحوه.

1257. Dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu Anhu berkata, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan kepadaku untuk mengurusi kurban-kurbannya; membagi-bagikan daging, kulit, dan pakaiannya kepada orang-orang miskin, dan aku tidak diperbolehkan memberi sesuatu apapun dari kurban kepada penyembelihnya." (Muttafaq Alaih)

[Shahih: Al Bukhari 1716 dan Muslim 1317]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Penjelasan Kalimat

Al-Budn secara bahasa dipakai untuk unta, sapi dan kambing. Hanya saja di sini khusus untuk unta saja. Demikian juga pemakaian kata itu untuk hadits-hadits lainnya dan kitab-kitab fiqh.

Tafsir Hadits

Hadits di atas menunjukkan bahwa kulit dan pakaian unta disedekahkan sebagaimana dagingnya disedekahkan. Hadits tersebut  juga mengisyaratkan bahwa penyembelih (jagal) tidak diberi sedikit pun dari unta itu sebagai upah. Karena hal itu akan seperti jual beli karena adanya upah, padahal hukum berkurban adalah seperti hukum hadyu (sembelihan waktu haji) di mana daging dan kulitnya tidak dijual dan penyembelih tidak diberi sedikit pun dari hewan itu.

Ibnu Rusyd berkata dalam Bidayatul Mujtahid: "Setahu saya, ulama bersepakat bahwa menjual daging korban adalah dilarang. Mereka berselisih pendapat dalam masalah kulit dan rambut yang bisa dimanfaatkan. Mayoritas mengatakan bahwa hal itu tidak boleh. Abu Hanifah berpendapat bahwa boleh dijual dengan diganti barang, bukan dinar dan dirham (mata uang). Atha berkata, "Boleh dihargai dengan dinar dan yang lainnya." Abu Hanifah membedakan antara dirham dan yang lain karena beliau melihat bahwa tukar-menukar antar barang demi mengambil manfaat, karena para ulama bersepakat bolehnya mengambil manfaat dari hewan korban.***

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - رضي الله عنه - قَالَ: أَمَرَنِي النَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم - أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ, وَأَنْ أُقَسِّمَ لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلَالَهَا عَلَى الْمَسَاكِينِ, وَلَا أُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا مِنْهَا شَيْئًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

193. Daripada ‘Ali bin Abu Thalib (r.a), beliau berkata: “Aku diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w) memotong daging unta dan membahagikan daging, kulit serta ususnya kepada orang miskin, namun aku selaku tukang sembelih tidak memperoleh apa-apa sedikitpun. (Muttafaq ‘alaih: 1380).

Makna Hadis

Rasulullah (s.a.w) mewakilkan kepada Ali untuk melaksanakan pengagihan daging unta yang telah baginda sembelih. Jumlah daging secara keseluruhan ada seratus potong. Semua itu diagihkan kepada fakir msikin, kecuali tukang sembelih di mana dia tidak boleh diberi bahagian daging itu walau sedikitpun.

Analisis Lafaz

جزارتها dibaca jizarah atau juzarah, namun sebaiknya dibaca jizarah supaya sesuai dengan konteks hadis. Jika betul dibaca juzarah, ada kemungkinan maksudnya tukang sembelih tidak boleh mendapat bahagian daripada daging itu sebagai upah. Inilah pendapat Ibn al-Tin. Menurut Ibn al-Jauzi, juzarah bermaksud barang yang boleh dibahagikan. Menurut Ibn al-Atsir, maksud juzarah ialah sepotong daging yang diambil oleh tukang sembelih sebagai upahnya. Makna asal juzarah ialah kepala, dua tangan dan dua kaki haiwan sembelihan. Dinamakan demikian, kerana biasanya tukang sembelih mengambil bahagian tersebut sebagai upah dia bekerja.

Menurut Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari, maksud hadis ini ialah tukang sembelih tidak boleh diberi daging qurban walau sedikit pun. Oleh kerana adanya perbezaan pendapat ini, al-Bukhari membuat satu bab khusus: tukang sembelih tidak diberi daging qurban walau sedikit pun.

Fiqh Hadis

  1. Daging, kulit dan isi perut qurban mesti diagihkan kepada fakir miskin.
  2. Tukang sembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada qurban itu mengikut pendapat jumhur ulama selain al-Hasan. Dalam Syarah al-Sunnah, al-Bugawi menjelaskan jika tukang sembelih telah diberi upah kerana bersedia menyembelih qurban, kemudian dia diberi daging qurban itu sebagai sedekah ke atasnya, maka itu tidak ada salahnya. Tetapi, pendapat ini disanggah kerana perbuatan ini dianggap memainkan upah sehingga daging itu menjadi sesuatu yang dapat dijadikan upah tetapi juga dapat dijadikan bayaran dan perbuatan ini dilarang.
  3. Kulit dan isi perut haiwan qurban tidak boleh dijual, kerana kulit atau isi perut tetap wajib diagihkan kepada fakir miskin. Ulama bersepakat daging qurban tidak boleh dijual dan demikian pula kulit dan ususnya. Akan tetapi, al-Awza’i, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan sebahagian pengikut mazhab Syafi’i mengatakan boleh dijual hasil jualan itu diagihkan kepada fakir miskin. Menurut Abu Hanifah pula dibolehkan menjual kulit dan bulu haiwan qurban asalkan tidak menggunakan mata wang dinar atau dihram.***

Sumber: 1. Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam karangan  Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H) 2. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 3. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan  Hasan Sulaiman An-Nuri. Untuk kitab Ibanatul Ahkam jilid 3 dan 4 dilanjutkan oleh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Penulis: Mualif
Editor: Muhamad Basuki
©Al-Marji' 2022