Web Analytics Made Easy - Statcounter

Bulughul Maram

Kitab Makanan: Bab Udhhiyah, Umur Hewan Kurban, Hadis No. 1365

  • ARTIKEL
  • Kamis, 7 Juli 2022 | 20:13 WIB
  • 342
foto

Foto: IndiaMART

1365 - وَعَنْ جَابِرٍ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم: «لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً (1) , إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ (2)». رَوَاهُ مُسْلِمٌ. (3)
__________
(1) وأما الثني من الإبل فما استكملت خمس سنين ودخل في السادسة. وأما الثني من البقر فهو ما استكمل سنتين ودخل في الثالثة. وأما الثني من المعز ففيه وجهان: ما استكمل سنتين، والثاني ما استكمل سنة. [المجموع شرح المهذب: 8/ 287].
(2) جذعة بفتح الجيم والذال المعجمة هو وصف لسن معين من بهيمة الأنعام، فمن الضأن ما أكمل السنة، وهو قول الجمهور. وقيل دونها، ثم اختلف في تقديره، فقيل بن ستة أشهر، وقيل ثمانية، وقيل عشرة. وحكى الترمذي عن وكيع أنه بن ستة أشهر أو سبعة أشهر، وعن بن الأعرابي أن بن الشابين يجذع لستة أشهر إلى سبعة، وابن الهرمين يجذع لثمانية إلى عشرة. قال: والضأن أسرع إجذاعا من المعز، وأما الجذع من المعز فهو ما دخل في السنة الثانية، ومن البقر ما أكمل الثالثة، ومن الإبل ما دخل في الخامسة. [فتح الباري شرح صحيح البخاري: 10/ 5]
(3) - ضعيف. رواه مسلم (1963) وهو من رواية أبي الزبير، عن جابر من غير طريق الليث بن سعد، وهي رواية ضعيفة إذا لم يصرح أبو الزبير بالسماع، وفي «الأصل» رد مفصل على من أنكر تضعيفه لوجوده في «صحيح» مسلم ليس أكثر، مع أنه هو يرد أحاديث في «صحيح» مسلم دون أدلة علمية - إلا مجرد العقل - بل ولم يسبقه إلى ذلك أحد، كرده لحديث تميم الداري المشهور والمعروف بحديث الجساسة.

1255. Dari Jabir RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah menyembelih kecuali hewan yang berumur. Bila kalian kesulitan untuk mendapatkannya, maka sembelihlah kambing yang berumur satu tahun." (HR. Muslim)

[shahih, Muslim (1963)]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Penjelasan Kalimat

Al-Musinnah (berumur) adalah semua hewan yang telah berganti gigi depannya, baik unta, sapi, maupun domba.

Tafsir Hadits

Hadits ini menunjukkan bahwa al-jadza' (kambing yang belum genap satu tahun) tidak sah untuk dijadikan korban dalam kondisi apa pun kecuali jika susah untuk mencari hewan.

Sementara ulama yang lain berpendapat bolehnya domba yang belum sampai satu tahun. Mereka menganggap hadits di atas menunjukkan sunnah karena ada hadits Ummi Bilal. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

«ضَحُّوا بِالْجَذَعِ مِنْ الضَّأْنِ»

"Sembelihlah domba walaupun belum cukup umur." Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Jarir dan Baihaqi. [shahih, Shahih Al-Jami' (3884).]

Tirmidzi memuat hadits,

«نِعْمَتْ الْأُضْحِيَّةُ الْجَذَعُ مِنْ الضَّأْنِ»

"Sebaik-baik hewan sembelihan adalah domba yang berumur satu tahun.” [Dha'if: At-Tirmidzi (1499)]

Ibnu Wahb meriwayatkan dari Uqbah bin Amir dengan lafazh,

ضَحَّيْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِالْجَذَعِ مِنْ الضَّأْنِ»

"Kami pernah menyembelih korban bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dengan domba yang gigi depannya belum tanggal." [Shahih: An-Nasa'i (4394).]

Saya katakan, "Semua itu jika susah mencari hewan korban yang telah berumur (telah tanggal gigi depannya)."***

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

وَعَنْ جَابِرٍ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم: «لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً (1) , إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ (2)». رَوَاهُ مُسْلِمٌ. (3)

191. Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Janganlah kamu menyembelih selain haiwan yang musinnah. Jika kamu kesulitan mencarinya, sembelihlah kambing yang baru memasuki usia dua tahun (jadz’ah). (Diriwayatkan oleh Muslim: 1378).

Makna Hadis

Hadis ini menjelaskan usia haiwan yang boleh disembelih untuk ibadah qurban. Jika ada haiwan yang sudah bergigi, maka janganlah menyembelih haiwan yang masih berusia satu tahun dan baru memasuki usia dua tahun, kecuali jika haiwan yang bergigi sudah tidak ada lagi.

Analisis Lafaz

مُسِنَّةً, menurut pakar bahasa, musinnah ialah haiwan yang sudah bergigi. Jika haiwan itu unta, maka ia harus sudah memasuki usia tahun keenam. Jika haiwan itu kambing, maka ia harus sudah memasuki usia tahun ketiga. Menurut Ibn Faris, jika anak kambing sudah memasuki tahun ketiga, maka ia sudah boleh dikatakan musinnah. Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi, kambing yang musinnah adalah kambing yang usianya genap setahun. Menurut al-Syafi’i pula kambing yang dikatakan musinnah ialah kambing yang genap berusia dua tahun.
يَعْسُرَ, kesulitan mencari haiwan yang mencapai usia musinnah.
جَذَعَةً, menurut al-Syafi’i, jadz’ah ialah kambing yang usianya genap setahun dan memasuki tahun kedua dan ini berdasarkan penelitian pakar bahasa. Menurut mazhab Hanafi, jadz’ah ialah haiwan yang sudah berusia enam bulan. Menurut mazhab Hanbali, jadz’ah ialah haiwan yang usianya genap tujuh bulan. Apapun, pendapat pertama adalah yang paling masyhur.

Fiqh Hadis

Hadis ini menjelaskan bahawa tidak boleh menyembelih haiwan yang masih berusia setahun selagi masih ada haiwan yang lebih tua daripadanya, iaitu haiwan musinnah. Al-Qadhi ‘Iyadh menegaskan ini merupakan ijma’ ulama, pernayataan ini keliru kerana al-Nawawi mengatakan sebaliknya di mana jumhur ulama yang antar lain Malik, al-Auza’i, al-Laits, Imam Ahmad dan Ishaq memahami hadis ini sebagai jenis haiwan yang paling afdhal untuk diqurban dan mereka membolehkan untuk menyembelih haiwan yang berumur setahun meskipun masih ada haiwan yang lebih tua daripadanya. Pendapat mereka ini disokong oleh dalil-dalil berikut:

A. Hadis Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi:

“Sebaik-baik haiwan qurban ialah kambing yang masih berumur satu tahun.” Namun hadis ini masih mengundang perdebatan kerana ada yang mengatakan mawquf dan ada pula yang mengatakan marfu’.

B. Hadis Ummu Bilal binti Hilal daripada bapanya secara marfu’:
“Kambing berumur setahun boleh diqurbankan.” (Diriwayatkan oleh Ibn Majah, namun hadis ini dinilai dha’if oleh Ibn Hazm).

C. Hadis ‘Uqbah bin ‘Amir yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i dengan sanad yang dinilai kuat oleh Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari yang isi hadisnya: “Kami pernah berqurban bersama Rasulullah (s.a.w) dengan seekor kambing yang telah berusia setahun.” Tetapi menurut pensyarah kitab ini, ada kemungkinan itu kerana waktu itu kambing yang lebih besar sukar dijumpai.

D. Hadis ‘Ashim bin Kulaib daripada bapanya daripada Mujasyi’ bin Mas’ud secara marfu’:
“Kambing yang telah berusia satu tahun disamakan dengan kambing yang sudah bergigi.” Namun ‘Ashim masih dipermasalahkan. Ada lagi pendapat ketiga yang diriwayatkan daripada Ibn Umar dan al-Zuhri bahawa kambing yang berumur satu tahun sama sekali tidak boleh diqurbankan. Pendapat ini dijadikan pegangan oleh Ibn Hazm dan menolak pendapat yang membolehkan qurban kambing yang berusia satu tahun.***

Sumber: 1. Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam karangan  Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H) 2. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 3. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan  Hasan Sulaiman An-Nuri. Untuk kitab Ibanatul Ahkam jilid 3 dan 4 dilanjutkan oleh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Penulis: Mualif
Editor: Muhamad Basuki
©2022 Al-Marji'

Bagikan melalui:

Topik Pilihan