Bulughul Maram

14. Kitab Makanan: 02. Bab Udhhiyah, Cacat yang Menghalangi Sahnya Kurban, Hadis No. 1364

  • ARTIKEL
  • Kamis, 7 Juli 2022 | 18:27 WIB
foto

Foto: Sinergi Foundation

1364 - وَعَنِ الْبَرَاءِ بنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ: «أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الضَّحَايَا: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا, وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا, وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلْعُهَا (1) وَالْكَسِيرَةُ الَّتِي لَا تُنْقِي». رَوَاهُ الْخَمْسَةُ. (2) وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ, وَابْنُ حِبَّانَ. (3)
__________
(1) - كذا «بالأصل» وهو الموافق لرواية السنن، وفي النسخة: «أ»: «عرجها» وأشار الناسخ في الهامش إلى نسخة «ضلعها».
(2) - كذا «بالأصلين» وأشار ناسخ «أ» في الهامش إلى نسخة: «أحمد والأربعة».
(3) - صحيح. رواه أبو داود (2802)، والنسائي (7/ 214 - 215)، والترمذي (1497)، وابن ماجه (3144)، وأحمد (4/ 84، 289)، وابن حبان (1046) وقال الترمذي «حديث حسن صحيح».

1254. Dari Al-Baraa bin Azib Radhiyallaahu Anhu berkata, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berdiri di tengah-tengah kami dan bersabda, "Empat macam hewan yang tidak boleh dijadikan kurban, yaitu: yang tampak jelas butanya, yang tampak jelas sakitnya, yang tampak jelas pincangnya, dan hewan tua yang tidak bersumsum." (HR. Ahmad dan Al-Arba'ah. Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

[Shahih: Abu Daud 2802]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Penjelasan Kalimat

Hadits ini juga dishahihkan oleh Al-Hakim dan ia mengatakan bahwa hadits itu sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim. Pengarang membenarkan perkataannya dan berkata, "Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkan dalam shahihnya. Tetapi riwayat ini dishahihkan oleh Ash-habus Sunan dengan sanad yang shahih." Ahmad bin Hambal menganggap hadits ini hasan dan berkata, "Alangkah hasannya hadits ini." Tirmidzi berkata, "Hadits hasan shahih."

Tafsir Hadits

Hadits ini menunjukkan bahwa ada empat cacat yang tidak dibolehkan dalam menyembelih korban. Dan Rasulullah tidak berkomentar cacat-cacat yang lain. Maka Ahli Zhahir berpendapat bahwa selain empat itu tidak dianggap cacat. Sementara mayoritas ulama berpendapat bahwa cacat yang lain diqiyaskan dengan empat cacat tersebut, baik yang lebih parah, sejenis seperti buta atau betis yang terpotong.

Sabdanya, "yang nampak butanya," pengarang kitab Al-Bahr berkata bahwa jika yang hilang adalah sepertiga atau kurang maka dimaafkan. Demikian juga dengan pincang. Syafi'i berkata, "Cacat pincang jika membuat hewan terlambat dalam berjalan, maka itu cacat yang jelas."***

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

وَعَنِ الْبَرَاءِ بنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ: «أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الضَّحَايَا: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا, وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا, وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلْعُهَا (1) وَالْكَسِيرَةُ الَّتِي لَا تُنْقِي». رَوَاهُ الْخَمْسَةُ. (2) وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ, وَابْنُ حِبَّانَ

190. Daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) pernah berdiri di hadapan kami dan bersabda: ‘Ada empat jenis haiwan yang tidak boleh dijadikan qurban: haiwan yang jelas-jelas buta sebelah, haiwan yang jelas-jelas sakit, haiwan yang jelas-jelas pincang dan haiwan yang tua lagi tidak bersumsum’.” (Diriwayatkan oleh al-Khamsah dan dinilai sahih oleh al-Tirmizi dan Ibn Hibban: 1377).

Makna Hadis

Dalam satu hadis Rasulullah (s.a.w) bersabda:

ان الله يحب من احدكم اذا عمل عملا ان يتقنه

"Sesungguhnya Allah menyukai suatu amal/kerjaan apabila dilakukan, dia bersungguh-sungguh dan memperhalusi amal/kerjaannya".

Ini baru pekerjaan biasa. Bagaimana kalau yang dilakukan itu adalah amal ibadah? Oleh itu, tidak hairan jika kita sentiasa diperintahkan untuk menyempurnakan wuduk atau solat. Amal itu tidak boleh dilakukan secara semberono. Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah sunat bagi menutupi ibadah fardhu yang kadang kala tidak sempurna. Ibadah sunat inilah yang akan menambal kekurangan itu dan masih banyak lagi jenis ibadah lain yang memerlukan kesempurnaan dan Allah (s.w.t) berfirman:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ ﴿٩٢﴾

 “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali ‘Imran: 92)

Oleh itu, ketika melihat sahabatnya bersedekah dengan kurma yang tidak elok, baginda menegur tindakan itu. Demikian pula dengan haiwan qurban. Barangsiapa yang ingin melaksanakan ibadah qurban, hendaklah dia memilih haiwan yang terbaik. Janganlah menyembelih haiwan yang sakit, buta sebelah mata, pincang dan kurus.

Analisis Lafaz

قَامَ, Rasulullah (s.a.w) berdiri sebagai khatib.
الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا, yang jelas-jelas buta sebelah.
الْبَيِّنُ مَرَضُهَا, yang jelas-jelas pincang, sehingga tidak mampu berjalan.
والكبيرة, yang sudah berusia tua. Dalam riwayat Abu Dawud, lafaz: وَالْكَسِيرَةُ kambing yang patah. Kalimat ini ditafsirkan oleh Ibn al-Atsir sebagai haiwan yang kakinya patah sehingga tidak mampu berjalan. Menurut riwayat al-Tirmizi, lafaznya: ولا بلعجفاء التى لا تنقى  di mana maksudnya sama iaitu kambing yang tua dan tidak lagi bersumsum.

Fiqh Hadis

Ada empat jenis cacat dalam hadis ini, jika ada pada haiwan qurban, maka ibadah qurban itu menjadi tidak sah. Menurut al-Nawawi yang merupakan ijma’ ulama, demikian pula penyakit yang sama atau lebih teruk daripada cacat yang telah disebutkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam hadis ini seperti kedua matanya buta atau putus kakinya dan sejenisnya.

Penting!

Al-Khatthabi berkata: “Dari hadis ini dapat difahami bahawa cacat ringan tidak menjadi masalah, kerana di dalam hadis ini itu dinyatakan “jelas-jelas buta sebelah, jelas-jelas sakit, jelas-jelas pincang.” Dengan demikian kambing yang tidak jelas-jelas buta sebelah, sakit ataupun pincang maka tidak masalah untuk dijadikan haiwan qurban.

Mengikut pensyarah kitab ini, hadis Ali yang akan disebutkan berikut ini akan menjawab pandangan al-Khatthabi ini.***

Sumber: 1. Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam karangan  Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H) 2. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 3. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan  Hasan Sulaiman An-Nuri. Untuk kitab Ibanatul Ahkam jilid 3 dan 4 dilanjutkan oleh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Penulis: Mualif
Editor: Muhamad Basuki
©2022 Al-Marji'

Bagikan melalui:

Topik Pilihan