1361 - وَلَهُ: مِنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا; أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ, يَطَأُ فِي سَوَادٍ, وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ, وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ; لِيُضَحِّيَ بِهِ, فَقَالَ: «اشْحَذِي الْمُدْيَةَ»، ثُمَّ أَخَذَهَا, فَأَضْجَعَهُ, ثُمَّ ذَبَحَهُ, وَقَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ, اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ, وَمِنْ أُمّةِ مُحَمَّدٍ». (1)
__________
(1) - صحيح. رواه مسلم (1967) وقد اختصر الحافظ بعض ألفاظه.
1251. Dalam riwayat Muslim dari hadits Aisyah Radhiyallaahu Anha bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah menyuruh dibawakan satu ekor kambing kibas bertanduk, yang kaki, perut, dan sekitarnya matanya berwarna hitam. Maka dibawakanlah hewan itu kepada beliau. Beliau bersabda kepada Aisyah, "Wahai Aisyah, ambillah pisau!" Kemudian bersabda, “Asahlah dengan batu!" Aisyah melaksanakannya. Setelah itu beliau mengambil pisau dan kambing, lalu membaringkannya, dan menyembelihnya seraya berdoa, "Bismillaah. Ya Allah, terimalah (kurban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya.”
[Shahih: Muslim 1966]
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[سبل السلام]
Tafsir Hadits
Hadits ini menjelaskan posisi kambing korban yang direbahkan, sehingga tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Karena hal itu lebih mudah baginya. Dan ini adalah ijma' (kesepakatan) para ulama. Caranya adalah merebahkan hewan di atas lambung kirinya. Hal itu lebih memudahkan orang yang menyembelih dalam memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang kepala hewan dengan tangan kiri.
Hadits di atas juga menunjukkan disunnahkannya berdoa untuk diterimanya hewan sembelihan dan amalan-amalan yang lain. Al- Khalil (Ibrahim Alaihissalam) dan yang disembelih (Ismail Alaihissalaam) berdoa ketika memakmurkan rumah Allah (Ka'bah), "Wahai Rabb kami! Terimalah semua amalan dari kami" (Al-Baqarah: 127).
Ibnu Majah telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berdoa ketika menyembelih dan menghadapkannya ke kiblat, "Aku hadapkan wajahku. Ya Allah! Terimalah dari Muhammad dan dari keluarganya," hingga kata-kata, "Dan saya adalah termasuk orang-orang muslim."
Sabdanya, "Dan keluarga Muhammad" (lafazh lain mengatakan, "dari Muhammad dan keluarga Muhammad) menunjukkan bahwa sembelihan cukup untuk seorang dan keluarganya, serta mereka semua mendapatkan pahala sembelihan itu.
Hadits di atas juga menunjukkan sahnya penyembelihan dengan mewakilkan orang yang sudah mukallaf kepada orang lain dalam mengerjakan ketaatan sekalipun dari orang lain itu tidak ada perintah atau wasiat. Maka sah menjadikan pahala ibadahnya untuk orang lain, baik yang berupa shalat atau yang lainnya.
Masalah ini telah dibahas dalam bab jenazah. Riwayat Ad-Daraqutihni dari hadits Jabir juga menunjukkan hal itu,
«أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّهُ كَانَ لِي أَبَوَانِ أَبَرُّهُمَا فِي حَالِ حَيَاتِهِمَا فَكَيْفَ لِي بِبِرِّهِمَا بَعْدَ مَوْتِهِمَا فَقَالَ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إنَّ مِنْ الْبِرِّ بَعْدَ الْبِرِّ أَنْ تُصَلِّيَ لَهُمَا مَعَ صَلَاتِك وَأَنْ تَصُومَ لَهُمَا مَعَ صِيَامِكَ»
bahwasanya seorang laki-laki berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai kedua orang tua dan saya telah berbuat baik kepada mereka ketika mereka hidup. Lalu bagaimana saya harus berbuat baik ketika mereka sudah meninggal?" Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya di antara berbuat baik kepada orang tua adalah kamu shalat untuk mereka bersamaan dengan shalat kamu, dan kamu berpuasa untuk mereka bersamaan dengan puasamu.***
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[إبانة الأحكام]
وَلَهُ: مِنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا; أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ فَأُتِيَ بِهِ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ لَهَا يَا عَائِشَةُ هَلُمِّي الْمُدْيَةَ ثُمَّ قَالَ اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ فَفَعَلَتْ ثُمَّ أَخَذَهَا وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ ثُمَّ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ ثُمَّ ضَحَّى بِهِ
187. Muslim juga mempunyai hadis daripada Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah meminta supaya diambilkan kambing kibasy yang bertanduk, berkaki hitam, berperut hitam dan bermata hitam. Kambing yang diingin itu kemudian didatangkan ke hadapan baginda untuk dijadikan haiwan qurban. Rasulullah (s.a.w) lalu bersabda kepada Aisyah (r.a): “Wahai Aisyah, tolong ambilkan pisau.” Baginda bersabda lagi: “Asahlah pisau itu dengan batu.” Maka, Aisyah (r.a) mengasah pisau tersebut. Kemudian, baginda mengambil kambing dan pisau itu. Kambing itu lalu direbahkan. Lalu, baginda menyembelihnya sambil membaca: “Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad.” Kemudian, Rasulullah (s.a.w) berkurban dengan kambing kibasy itu.: 1374.
Makna Hadis
Hadis ini menegaskan ibadah qurban sememangnya disyari’atkan. Qurban dapat dilakukan dengan menyembelih kambing kibasy yang gemuk. Qurban sebaiknya dilakukan sendiri. Ketika melakukan kurban, hendaklah kaki diletakkan di atas leher haiwan itu dan kemudian membaca basmalah dan takbir. Lalu, sembelihlah haiwan itu setelah pisaunya diasah tajam. Setelah itu, berdoalah supaya Allah menerimanya disertai doa untuk untuk kaum muslimin.
Analisis Lafaz
بِكَبْشَيْنِ, dua ekor kambing kibasy sudah bergigi.
أَقْرَنَيْنِ, yang bertanduk dua.
يُسَمِّي, membaca basmalah. Ada satu riwayat yang menyebutkan: membaca بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
يُكَبِّرُ, bertakbir, yakni membaca: Allahu Akbar.
صِفَاحِهِمَا, dalam kitab al-Nihayah kalimat ini bermaksud bahagian depan sesuatu. Maksud hadis ini ialah leher kambing itu.
سَمِينَيْنِ, dua ekor kambing yang gemuk.
ثَمِينَيْنِ, dua ekor kambing yang harganya mahal.
يَطَأُ فِي سَوَادٍ, berkaki tangan hitam.
يَبْرُكُ فِي سَوَادٍ, berperut hitam.
يَنْظُرُ فِي سَوَادٍ, bermata hitam, yakni, di sekeliling matanya berwarna hitam.
هَلُمِّي, ambilkan.
الْمُدْيَةَ, pisau.
اشْحَذِيهَا, asahlah pisau itu.
Fiqh Hadis
- Hadis ini menyatakan ibadah qurban sememangnya disyari’atkan.
- Disunatkan haiwan yang hendak diqurbankan adalah jenis kambing. Ulama bersepakat untuk membolehkan berqurban dengan jenis haiwan ternak dan perbezaan pendapat mereka bertumpu pada mana yang paling afdhal di antara haiwan ternak itu. Pendapat yang kuat mengatakan lebih afdhal berqurban kambing, kerana Rasulullah (s.a.w) pernah melakukannya. Mereka bersepakat untuk tidak membolehkan berqurban dengan haiwan selain ternak, meskipun ada riwayat yang mengatakan al-Hasan bin Soleh membolehkan berqurban dengan lembu liar untuk sepuluh orang, sedangkan kijang pula untuk satu orang, bahkan ada riwayat yang mengatakan Asma’ pernah berqurban dengan sekor kuda dan Abu Hurairah pernah berqurban dengan seekor ayam jantan.
- Disunatkan bagi yang ingin berqurban dengan kambing kibasy supaya memilih kibasy yang berwarna agak putih. Menurut al-Nawawi, apa yang lebih diutamakan adalah kibasy yang berwarna putih, kemudian kuning, kemudian berwarna gelap, kemudian berwarna hitam putih dan terakhir berwarna hitam. Pendapat al-Nawawi ini selari dengan kandungan hadis ini.
- Disunatkan kibasy yang diqurbankan sudah bertanduk dan gemuk mengikut pendapat jumhur ulama meskipun mereka berbeza pendapat mengenai kambing yang tanduknya patah. Bagi jumhur ulama, kambing yang tanduknya patah boleh diqurbankan.
- Hendaklah membaca basmalah dan takbir ketika hendak menyembelih haiwan qurban.
- Asahlah pisau dengan tajam sebelum menyembelih dilakukan.
- Rebahkan haiwan qurban dan disunnatkan bahagian kanan haiwan itu menghadap ke tanah dan bahagian kirinya pula menghadap ke atas.
- Lakukan penyembelihan itu dengan tangan sendiri.
- Letakkan kaki penyembelih di atas leher kiri haiwan tersebut.
- Disunatkan berdoa supaya amal ibadah itu diterima di sisi Allah.***
Sumber: 1. Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam karangan Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H) 2. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 3. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan Hasan Sulaiman An-Nuri. Untuk kitab Ibanatul Ahkam jilid 3 dan 4 dilanjutkan oleh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.