26 - وَعَنْ عَمْرِو بْنِ خَارِجَةَ - رضي الله عنه - قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمِنًى, وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ, وَلُعَابُهَا يَسِيلُ عَلَى كَتِفَيَّ. أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ, وَالتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَه. (1)
__________
(1) - صحيح. رواه أحمد (487)، والترمذي (2121)، وهو وإن كان في سنده ضعف إلا أن له ما يشهد له، وللحديث تتمة، وقد فصلت ذلك في «الأصل». وقال الترمذي: «حديث حسن صحيح».
24. Dari Amru bin Kharijah RA ia berkata, “Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami di Mina, sedang beliau berada di atas kendaraannya, sementara air liur kendaraannya mengalir atas pundakku.” (HR. Ahmad dan At Tirmidzi dan ia menshahihkannya)
[Shahih: Shahih At Tirmidzi 2121]
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[سبل السلام]
Biografi Perawi
Amr bin Kharijah adalah seorang shahabat dari golongan Anshar, dikelompokkan dalam penduduk Syam, sekutu Abu Sufyan bin Harb. Abdurrahman bin Ghunam meriwayatkan darinya bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam khutbahnya, ‘Sesungguhnya Allah telah memberikan haknya kepada setiap yang memiliki hak, maka tidak ada wasiat bagi ahli waris.’
Penjelasan Kalimat
Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami di Mina, sedang beliau berada di atas kendaraannya (yaitu unta yang sudah layak ditunggangi), sementara air liurnya (yaitu yang mengalir dari mulutnya) mengalir atas pundakku.
Tafsir Hadits
Hadits di atas adalah dalil bahwa hewan yang dimakan dagingnya tidak najis. Ada yang mengatakan bahwa pendapat ini adalah ijma, juga merupakan prinsip asal, maka hadits tersebut disebutkan sebagai penegasan terhadap hukum asal. Kemudian ini berdasarkan bahwa Nabi SAW mengetahui mengalirnya air liur tersebut di atas pundaknya, maka hal itu merupakan taqrir (hal yang diakui nabi)
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[إبانة الأحكام]
وَعَنْ عَمْرِو بْنِ خَارِجَةَ - رضي الله عنه - قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمِنًى, وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ, وَلُعَابُهَا يَسِيلُ عَلَى كَتِفَيَّ. أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ, وَالتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَه
24. Daripada 'Amr ibn Kharijah (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) berkhutbah kepada kami di Mina yang ketika itu baginda berada di atas unta tunggangannya dan air liur unta itu mengalir mengenai bahuku.” (Disebut oleh Imam Ahmad dan al-Tirmizi yang menilainya sebagai hadis sahih)
Makna Hadis
Seorang khatib dalam khutbahnya hendaklah menjelaskan apa-apa yang boleh membimbing umat manusia menuju kebaikan agama dan urusan dunia mereka. Khutbah yang disampaikan hendaklah bersesuaian dengan situasi dan keadaan. Khutbah haji hendaklah menjelaskan hukum-hakam ibadah haji; apa yang diboleh dilakukan dan apa pula yang tidak boleh dilakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam khutbahnya ketika berada di Mina. Dalam khutbah itu baginda menjelaskan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah haji. Ketika itu Rasulullah (s.a.w) menyaksikan sendiri bahawa air liur unta yang dikenderainya mengalir mengenai tubuh salah seorang sahabatnya, tetapi baginda tidak menyuruhnya supaya menjauh unta tersebut. Hal ini merupakan satu pengakuan daripada baginda bahawa haiwan yang dagingnya halal dimakan adalah suci.
Analisis Lafaz
Mina, nama sebuah lembah yang terkenal. Diberi nama demikian kerana di tempat tersebut banyak darah haiwan qurban yang dialirkan pada waktu Hari Raya Aidiladha.
رَاحِلَتِهِ, unta yang layak untuk ditunggang.
لُعَابُهَا ”, air liurnya.
Fiqh Hadis
1. Disyariatkan menyampaikan khutbah di Mina pada kawasan yang tinggi untuk menjelaskan hukum-hukum manasik haji.
2. Suci air liur haiwan yang boleh dimakan dagingnya. Apa yang termasuk ke dalam pengertian haiwan yang boleh dimakan adalah setiap haiwan yang suci. Apa yang termasuk ke dalam pengertian air liur adalah setiap lebihan yang keluar daripadanya seperti keringat selagi lebihan tersebut tidak mempunyai tempat yang menetap dan sudah diproses di dalam perut hingga berubah dalam bentuk yang lain.
3. Pengakuan Nabi (s.a.w) terhadap suatu perkara yang dilakukan di hadapannya menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah dibolehkan, kerana pengakuan baginda dikategorikan sebagai Sunnah.
4. Dalam hadis ini sahabat berkenaan menceritakan semula keadaan yang pernah dialaminya dengan terperinci. Ini menunjukkan ketelitian dan daya ingatannya yang tajam, di samping membuktikan sahabat tersebut sentiasa berpegang teguh dengan riwayat hadis dan peristiwa yang menjadi latar belakangnya.
Periwayat Hadis
'Amr ibn Kharijah ibn al-Muntafiq adalah seorang sahabat. Beliau mempunyai banyak riwayat hadis dan 'Abdurrahman ibn Ghanam telah mengambil riwayat daripadanya.