Bulughul Maram

01. Kitab Thaharah: 3. Bab Menghilangkan Najis - Arak Dijadikan Cuka - Hadis No. 24

  • ARTIKEL
  • Rabu, 20 April 2022 | 09:31 WIB
foto

Foto: ©wikipedia

بَابُ إِزَالَةِ النَّجَاسَةِ وَبَيَانِهَا


24 - عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ - رضي الله عنه - قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - عَنْ الْخَمْرِ تُتَّخَذُ خَلًّا? قَالَ: «لَا». أَخْرَجَهُ مُسْلِم. (1)
__________
(1) - صحيح. رواه مسلم (1983)

22. Dari Anas bin Malik ia berkata, Rasulullah SAW ditanya tentang arak dijadikan cuka, beliau menjawab, “Tidak boleh” (HR. Muslim dan At Tirmidzi ia berkata hasan shahih)

[Shahih: Muslim 1983]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Penjelasan Kalimat

Rasulullah SAW ditanya tentang arak (yaitu setelah diharamkannya) dijadikan cuka, beliau menjawab, “Tidak boleh” (HR. Muslim dan At Tirmidzi ia berkata hasan shahih)

Mengubah arak menjadi cuka di sini ditafsirkan berobat dengannya setelah menjadi arak, yang seperti itu juga hadits Abu Thalhah, karena

«لَمَّا حُرِّمَتْ الْخَمْرُ سَأَلَ أَبُو طَلْحَةَ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنْ خَمْرٍ عِنْدَهُ لِأَيْتَامٍ هَلْ يُخَلِّلُهَا؟ فَأَمَرَهُ بِإِرَاقَتِهَا»

ketika arak telah diharamkan Abu Thalhah bertanya kepada Nabi SAW mengenai arak yang ada padanya milik anak-anak yatim, apakah boleh ia menjadikannya cuka? Maka Nabi SAW menyuruh menumpahkannya. Dikeluarkan Abu Daud dan At Tirmidzi.

[Shahih: At Tirmidzi 1293]

Tafsir Hadits

Mengamalkan hadits tersebut adalah pendapat Al Hadawiyah dan Asy-Syafi'i, karena hadits menunjukkan hal itu, maka seandainya arak diubah menjadi cuka, tidak akan menjadi halal dan suci, dan zhahir hadits itu menunjukkan bahwa dengan penawar apa pun, meski dengan memindahkannya dari tempat gelap ke sinar matahari atau sebaliknya. Ada yang mengatakan bahwa dapat menjadi suci dan halal. Adapun jika menjadi cuka dengan sendirinya tanpa penawar maka yang demikian suci lagi halal. Dalam Al Bahr bahwa mayoritas sahabat-sahabat kami berkata, “Tidak dapat menjadi suci meskipun menjadi cuka dengan sendirinya tanpa penawar.”

Ketahuilah ada tiga pendapat dari para ulama mengenai hukum berubahnya arak menjadi cuka;

pertama; Jika arak menjadi cuka tanpa disengaja, maka halal dan jika disengaja maka haram.

kedua; diharamkannya secara mutlak setiap cuka yang terbuat dari arak.

ketiga; cuka itu halal meskipun terbuat dari arak, baik disengaja maupun tidak. Akan tetapi, pelakunya berdosa jika ia meninggalkannya setelah menjadi arak, durhaka kepada Allah SWT, cacat keadilannya, lantaran ia tidak menumpahkannya ketika sudah menjadi arak karena hal itu wajib, sebagaimana yang disebutkan hadits Abu Thalhah.

Adapun dalil yang menunjukkan bahwa cuka yang terbuat dari arak halal, ialah karena ia adalah cuka baik menurut bahasa maupun pengertian syariat. Ada yang mengatakan, ‘Jika dimaksud membuat cuka yang tidak menjadi arak, lalu dia memeras anggur, kemudian mencampurkannya dengan cuka yang sebenarnya sebelum menjadi cuka, maka itu menjadi cuka dan asalnya tidak menjadi arak.

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ - رضي الله عنه - قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - عَنْ الْخَمْرِ تُتَّخَذُ خَلًّا? قَالَ: «لَا». أَخْرَجَهُ مُسْلِم.

22. Daripada Anas ibn Malik (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai khamar yang dijadikan cuka, maka baginda menjawab: “Itu tidak boleh.” (Disebut oleh Muslim dan berkata: “Hadis ini hasan lagi sahih”)

Makna Hadis

Rasulullah (s.a.w) telah menuturkan kalimat-kalimat yang kemudian diabadikan oleh sejarah. Kesemuanya merupakan nasihat dan pengajaran. Pada suatu hari baginda pernah ditanya mengenai hukum pembuatan cuka yang dibuat daripada khamar. Baginda memberikan jawapan bahawa itu tidak boleh dilakukan. Para ulama mentakwil makna hadis ini dengan mengemukakan pendapat masing-masing, seperti mana yang akan disebutkan dalam fiqh hadis berikut.

Analisis Lafaz

 إِزَالَةِ النَّجَاسَةِ menghilangkan najis dan ini termasuk perbuatan wajib di sisi syari‟at. Najis menurut bahasa ialah segala sesuatu yang dianggap kotor, manakala menurut syariat pula adalah kotoran yang mencegah sahnya solat selagi tidak ada dalil yang meringankannya.
الخمر bentuk mu'annats dan kadang kala menggunakan huruf ta' hingga ditulis menjadi الخمرة. Ulama berbeza pendapat mengenai hakikat khamar ini. Apapun, menurut pendapat jumhur ulamak, khamar ialah nama bagi segala sesuatu yang memabukkan.
حسن صحيح, sangat sukar untuk menggabungkan kedua-dua status hadis ini, kerana pengertian hasan berbeza dengan pengertian sahih. Menggabungkan kedua-dua pengertian ini tentu sukar untuk difahami. Apapun, apa yang dimaksudkan di sini adalah hasan atau sahih, kemudian huruf taraddud -iaitu aw yang bererti atau- dibuang. Ini sering dijumpai dalam perkataan orang Arab. Sebab utama menggunakan huruf aw ialah orang yang menukil hadis ini mengemukakan status yang berlainan antara satu sama lain. Sebahagian di antara mereka ada yang mengatakan hadis sahih, sebahagian lagi ada yang mengatakan hasan dan sebahagian lagi ada yang mengatakan isnad hadis ini berbilang. Berdasarkan pandangan inilah ia dikatakan sebagai hadis hasan sahih. Ini merupakan status lebih tinggi berbanding status sahih itu sendiri, kerana ia banyak memiliki jalur riwayat untuk menguatkan lagi kedudukan hadis terbabit. Ini adalah istilah yang biasa diguna pakai oleh Imam al-Tirmizi.

Fiqh Hadis

1. Tidak boleh membuat cuka dari khamar. Khamar tidak menjadi suci dengan dijadikan cuka melalui proses yang dilakukan oleh manusia. Inilah pendapat mazhab Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad kerana ada hadis yang menyuruh menumpahkan khamar. Oleh itu, tidak menumpahkan khamar dan memprosesnya menjadi cuka merupakan perbuatan derhaka yang tidak akan menyucikan cuka itu.
2. Khamar menjadi suci dengan memprosesnya menjadi cuka. Ini adalah pendapat yang masyhur di kalangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Abu Hanifah, kerana khamar telah berubah menjadi sesuatu yang bermanfaat.
3. Ulamak telah bersepakat bahawa khamar apabila berubah menjadi cuka dengan sendirinya maka ia menjadi suci.

Sumber: 1. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 2. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan Hasan Sulaiman An-Nuri.

Penulis: Mualif
Editor: Muhamad Basuki
©2022 Al-Marji'

Bagikan melalui: