17 - وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم: «الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. (1)
__________
(1) - صحيح. رواه البخاري (5634)، ومسلم (2065)
15 - وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - «الَّذِي يَشْرَبُ فِي إنَاءِ الْفِضَّةِ إنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ» مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
15. Dari Ummu Salamah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang minum dalam bejana perak, dia telah memasukkan api jahannam ke dalam perutnya.” (Muttafaq alaih)
[Shahih: Al Bukhari 5634, Muslim 2065]
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[سبل السلام]
Biografi Perawi
Ummu Salamah yaitu Ummul Mukminin, istri Nabi SAW. namanya adalah Hindun binti Abi Umayah. pernah menjadi istri Abu Salamah bin Abdil Asad. Hijrah ke Habasyah bersama suaminya. Suaminya meninggal dunia setelah keduanya kembali dari Habasyah. Lalu ia menikah dengan Rasulullah SAW di Madinah pada tahun keempat Hijriyah. Ia meninggal pada tahun 59 H. Ada yang mengatakan tahun 62 H dan dimakamkan di Baqi umurnya 84 tahun.
Penjelasan Kalimat
“Sesungguhnya orang yang minum dalam bejana perak, (demikian menurut Asy-syaikhan dan Muslim dalam redaksi lain: فِي إنَاءِ الْفِضَّةِ وَالذَّهَبِ (dalam bejana emas dan perak) dia telah memasukkan (الْجَرْجَرَةُ adalah suara jatuhnya air ke dalam mulut dan suara unta ketika memamak, ia menjadikan minum dan meneguk sebagai جَرْجَرَةً ) api jahannam ke dalam perutnya.”
Az Zamakhsyari berkata, ‘Diriwayatkan dengan merafakan kata (النَّارِ) untuk menunjukkan kedudukannya sebagai (فَاعِلٌ مَجَازًا). Karena sebenarnya neraka jahannam tidak dimasukkan ke dalam perutnya, akan tetapi ungkapan ini hanya sebagai majaz, demikian menurut riwayat yang marfu’ sebagaimana firman Allah SWT:
{إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا}
‘Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya.’ (QS. An-Nisa' [4]: 10)
Hadits tersebut menunjukkan apa yang telah ditunjukkan oleh hadits Hudzaifah yang pertama.
ـــــــــــــــــــــــــــــ
[إبانة الأحكام]
15. Daripada Ummu Salamah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Orang yang minum dengan menggunakan bejana daripada perak pada hakikatnya dia menuangkan api neraka Jahannam ke dalam perutnya.” (Muttafaq 'alaih)
Makna Hadis
Orang yang minum dengan menggunakan bejana daripada emas atau perak berhak untuk menerima azab dari Allah (s.w.t) kerana dia telah melanggar perintah syariat yang bijaksana. Kelak di hari kiamat dia akan menelan api neraka Jahanam ke dalam perutnya. Seksaan ini selari dengan pelanggaran yang telah dilakukan ketika di dunia, iaitu minum dengan menggunakan bejana yang telah diharamkan di sisi syariat.
Analisis Lafaz
يُجَرْجِرُ الجرجره ertinya suara air yang masuk ke dalam kerongkongan.
جَهَنَّمَ isim „alam atau nama salah satu tingkatan neraka, semoga Allah menyelamatkan kita daripadanya. Lafaz جَهَنَّمَ sendiri merupakan kalimat „ajam. Oleh itu, ia tidak menerima tanwin kerana dua „illat iaitu „ujmah dan „alamiyah. Ada pula yang mengatakan lafaz جَهَنَّمَ itu berasal dari kata terbitan
الجهوة yang ertinya keras atau kasar. Dinamakan demikian kerana seksaan yang ada padanya teramat keras. Atas dasar analisis ini pun lafaz جَهَنَّمَ tetap tidak menerima tanwin kerana 'illat ta'nits ma'nawi dan 'alamiyah.
Fiqh Hadis
Haram minum dengan menggunakan bejana yang terbuat daripada perak bagi kaum lelaki dan wanita, dan dijelaskan pula seksaan kelak pada hari kiamat bagi orang yang melanggarnya.
Periwayat Hadis
Ummu Salamah, nama aslinya ialah Hindun binti Umayyah al-Qurasyiyah al-Makhzumiyah, salah seorang Ummahat al-Mu'minin. Dikahwini oleh Nabi (s.a.w) pada tahun 4 Hijriah dan meriwayatkan sebanyak 378 buah hadis. Nafi', Ibn al-Musayyab dan ramai lagi telah mengambil riwayat hadis daripadanya. Meninggal dunia pada tahun 59 Hijriah dalam usia 84 tahun.
Sehubungan dengan beliau, al-Dzahabi mengatakan bahawa Ummu Salamah adalah wanita dari kalangan Ummahat al-Mu'minin yang terakhir meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di al-Baqi'.
Sumber: 1. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 2. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan Hasan Sulaiman An-Nuri.