Web Analytics Made Easy - Statcounter

Bulughul Maram

Kitab Thaharah: Bab Air - Yang dipotong dari hewan yang masih hidup adalah bangkai - Hadis No. 15

  • ARTIKEL
  • Rabu, 13 April 2022 | 22:39 WIB
  • 545
foto

Foto: clobalnews.ca

Foto ilustrasi

وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم: «مَا قُطِعَ مِنَ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ». أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ, وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ, وَاللَّفْظُ لَهُ. (1)
__________
(1) - حسن. رواه أبو داود (2858)، الترمذي (1480)، من طريق عطاء بن يسار، عن أبي واقد الليثي قال: قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة، والناس يجبون أسنمة الإبل، ويقطعون أليات الغنم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فذكر الحديث.

13. Dari Abu Waqid Al Laitsi RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apa saja yang dipotong dari hewan yang masih hidup adalah bangkai.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, ia menghasankannya, dan lafazh tersebut miliknya)

[Shahih: Shahih Al Jami' 5652]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Biografi Perawi

Menurut salah satu riwayat, nama Abu Waqid adalah Al Harits bin Auf. Dikatakan bahwa ia ikut perang Badar. Ada yang berpendapat bahwa dia termasuk orang yang masuk Islam pada penaklukan Makkah. Pendapat yang pertama lebih kuat. Meninggal tahun 68 atau 65 H di Makkah. Al Laitsi adalah nisbat kepada Al Laits dari Bani Amr dari Laits.

Penjelasan Kalimat

Apa saja yang dipotong dari hewan (dalam Al Qamus, (الْبَهِيمَةُ) adalah setiap hewan yang berkaki empat meskipun hidup di air atau setiap yang hidup dan tidak berakal. Dan (الْبَهِيمَةُ) adalah anak domba dan kambing, sepertinya yang dimaksud di sini adalah yang terakhir sebagaimana yang akan diterangkan). yang masih hidup (yakni hewan yang dipotong itu) adalah bangkai.”

Dikeluarkan oleh Abu Daud dan At Tirmidzi dan ia menghasankannya, yakni ia berkata, “Sesungguhnya hadits itu hasan.” Definisi hasan telah disebutkan pada definisi hadits shahih yang lalu.

Tafsir Hadits

Hadits ini menunjukkan bahwa sesuatu yang dipotong dari tubuh hewan yang masih hidup adalah bangkai yang diharamkan. Latar belakang hadits tersebut menunjukkan bahwa yang dimaksud dengan (الْبَهِيمَةُ) adalah binatang berkaki empat. Yaitu makna yang pertama lantaran disebutnya unta padanya, bukan makna yang terakhir yang disebutkan oleh Al Qamus. Akan tetapi dikhususkan dengan apa yang dikecualikan berupa ikan meskipun berkaki empat. Atau yang dimaksudkan adalah makna yang pertengahan, yaitu setiap yang hidup dan tidak berakal lalu dikhususkan belalang dan ikan darinya, dan apa yang telah disebutkan yang tidak memiliki darah yang mengalir.

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

13. Daripada Abu Waqid al-Laitsi (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Anggota tubuh haiwan yang dipotong ketika haiwan tersebut dalam keadaan hidup adalah bangkai.” (Disebut oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi yang menilainya sebagai hasan, dan lafaz hadis ini adalah menurut riwayatnya)

Makna Hadis

Ketika Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah, terdapat masyarakat yang biasa memotong buntut kambing dan punuk unta untuk dimakan minyaknya manakala lemaknya pula dijadikan sebagai bahan bakar pelita. Melihat itu, Nabi (s.a.w) memberitahu mereka bahawa anggota tubuh haiwan yang dipotong dalam keadaan hidup hukumnya sama dengan bangkai, iaitu tidak boleh dimakan, tidak boleh diambil manfaatnya untuk menyalakan pelita dan tidak boleh pula membelinya. Di samping itu, tindakan tersebut bererti menyeksa haiwan, padahal syariat telah menyuruh kita supaya menyayanginya.

Analisis Lafaz

مَا قُطِعَ مِنَ الْبَهِيمَةِ anggota tubuh haiwan yang dipotong dalam keadaan masih hidup. Lafaz الْبَهِيمَةِ membawa maksud haiwan ternak yang berkaki empat, iaitu unta, lembu dan kambing.
فَهُوَ anggota tubuh yang terpotong.
حَسَّنَهُ hadis ini dinilai hasan oleh Imam al-Tirmizi.
وَاللَّفْظُ لَهُ sedangkan lafaz hadis ini menurut riwayat yang diketengahkan oleh Imam al-Tirmizi.

Fiqh Hadis

  1. Dilarang menyeksa haiwan dengan memotong sebahagian anggota tubuhnya.
  2. Hukum mengenai anggota tubuh haiwan yang dipotong, sedangkan haiwan terbabit masih dalam keadaan hidup adalah haram dimakan dan haram pula memanfaatkannya.
  3. Keputusan hukum bahawa anggota tubuh makhluk hidup yang dipotong adalah dikategorikan sebagai bangkai jika anggota tubuh tersebut masih berfungsi, sedangkan anggota tubuh yang sudah tidak berfungsi lagi (mati) tidak dianggap sebagai bangkai.

Periwayat Hadis

Abu Waqid ialah al-Harits ibn 'Auf al-Laitsi (dinisbahkan kepada kabilah Laits) kerana beliau berasal dari Bani 'Amir ibn Laits ibn 'Abd Manaf. Dua orang anaknya dan Sa'id ibn al-Musayyab telah mengambil riwayat hadis daripadanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 68 Hijriah di Mekah dalam usia 85 tahun.

Kesimpulan

Hadis-hadis dalam bab ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

  1. Air laut, air yang dijatuhi najis sedangkan jumlah air tersebut melebihi dua qullah dan tidak berubah salah satu daripada ketiga sifatnya, bekas jilatan kucing, lalat dan tubuh haiwan ternak; semua itu adalah suci.
  2. Halal memakan bangkai haiwan laut (ikan), belalang, hati, dan limpa.
  3. Air yang berubah salah satu di antara ketiga sifatnya kerana dijatuhi najis adalah najis. Demikian pula mulut anjing, air kencing, darah, bangkai, dan anggota tubuh haiwan yang dipotong dalam keadaan masih hidup adalah najis.
  4. Cara menyucikan sesuatu yang terkena najis mughallazhah (najis berat).
  5. Dilarang mandi di dalam air yang bertakung, lelaki dilarang mandi dari sisa air yang telah dipakai oleh isterinya dan demikian pula wanita mandi dari sisa air yang telah dipakai suaminya.

Soalan

  1. Bagaimanakah hukum bangkai haiwan laut?
  2. Kemanakah kembalinya dhamir هُوَ yang terdapat pada kalimat هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ?
  3. Apakah yang mendorong si penanya mengajukan soalannya itu?
  4. Bolehkah memberikan jawapan melebihi apa soalan yang telah ditanyakan?
  5. Jelaskan batasan mengenai air sedikit dan air banyak!
  6. Jelaskan pendapat para ulama mengenai air apabila terkena najis, namun air tersebut tidak mengalami perubahan kerananya!
  7. Apakah kedudukan lafaz لاَ يُنَجِّسُهُ dalam kalimat إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لاَ يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ?
  8. Sebutkan ketiga-tiga sifat air itu!
  9. Bagaimanakah hukum air apabila berubah kerana dijatuhi suatu benda yang suci?
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): إِلَّا مَا غَلَبَ  dalam hadis: إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ, إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ, وَلَوْنِهِ?
  11. Apakah asbab al-wurud (latar belakang) hadis إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ?
  12. Apakah makna yang dimaksudkan dari lafaz الْخَبَثَ pada hadis tersebut di atas?
  13. Siapakah para imam yang menjadikan hadis ini sebagai hujah dan siapa pula yang menyebutnya?
  14. Berapakah dua qullah itu?
  15. Jelaskan 'illat atau penyebab larangan dalam hadis لَا يَغْتَسِلُ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ!
  16. Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz الدَّائِمِ  dan جُنُبٌ dalam hadis tersebut di atas?
  17. I'rabkan kalimat ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ disertai huraian makna lafaz ثُمَّ!
  18. Bagaimanakah hukum mandi lelaki dengan sisa air mandi isterinya dan bagaimanakah hukum mandi suami isteri dari satu bejana?
  19. Apakah maksud larangan yang terdapat dalam sabda Rasulullah (s.a.w): نَهَى رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم?
  20. Kemanakah di-'athaf-kan lafaz وَلْيَغْتَرِفَا?
  21. Apakah makna kalimat إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ dan apakah rahsia yang terdapat di dalam penggunaan tawkid dengan memakai إِنَّ pada kalimat ini?
  22. Apakah makna al-jifnah?
  23. Siapa yang dimaksudkan dengan Ashab al-Sunan itu?
  24. Bagaimanakah hukum anjing dan bagaimana pula cara menyucikan bejana yang dijilat anjing?
  25. Jelaskan rahsia yang terkandung dalam al-tatrib (basuhan yang dicampuri dengan tanah)!
  26. Apakah 'illat yang menyebabkan basuhan mesti dilakukan sebanyak tujuh kali?
  27. Bagaimanakah kedudukan kalimat أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ?
  28. Bagaimanakah kedudukan lafaz بِنَجَسٍ dalam hadis إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ?
  29. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan qasr di dalam sabdanya: إِنَّمَا هِيَ?
  30. Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): مِنَ الطَّوَّافِينَ?
  31. Bagaimanakah hukum kucing?
  32. Para sahabat telah mengherdik lelaki badwi ketika dia kencing di dalam masjid. Mengapa mereka mengherdiknya dan mengapa Rasulullah (s.a.w) melarang mereka mengherdiknya, serta apakah faedah yang boleh disimpulkan dari kisah hadis ini?
  33. Jelaskan makna lafaz-lafaz berikut: اهريق ,  رخل, ذَنُوبٍ , طَائِفَةِ , أَعْرَابِيٌّ  dan الْبَهِيمَةِ  !
  34. Bagaimanakah cara menyucikan tanah yang terkena najis?
  35. Apakah hukum asal bangkai dan darah, serta apakah yang dikecualikan daripada keduanya?
  36. Jelaskan makna الجرد dan الحوت!
  37. Terangkan hukum ikan yang mati dalam keadaan terapung di permukaan laut!
  38. Apakah penyebab yang mendhaطifkan atau melemahkan kedudukan hadis أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ?
  39. Bagaimanakah hukum bangkai haiwan yang tidak ada darahnya?
  40. Dari manakah kesimpulan yang dapat diambil pensyariatan memelihara diri daripada mikrob-mikrob (penyakit-penyakit)?
  41. Islam menganjurkan untuk mengubati jasad sebagaimana Islam pun turut menganjurkan untuk mengubat rohani. Kemukakanlah dalil mengenai hal ini!
  42. Bagaimanakah hukum anggota tubuh haiwan yang dipotong, sedangkan haiwan itu masih dalam keadaan hidup?
  43. Bilakah anggota yang dipotong itu dikategorikan sebagai bangkai dan bilakah tidak dikategorikan bangkai?
  44. Apakah asbab al-wurud (latar belakang) hadis مَا قُطِعَ مِنَ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ?

Sumber: 1. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 2. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan Hasan Sulaiman An-Nuri. 

Penulis: Mualif
Editor: Muhamad Basuki
©2022 Al-Marji'

Bagikan melalui:

Topik Pilihan