Bulughul Maram

02. Kitab Shalat: 14. Bab Shalat Ied - Shalat Ied Tanpa Adzan dan Iqomah - Hadis No. 453

  • ARTIKEL
  • Sabtu, 19 Agustus 2023 | 17:35 WIB
foto

Foto: kompas.com

453 - وَعَنْهُ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صَلَّى الْعِيدَ بِلَا أَذَانٍ، وَلَا إقَامَةٍ» . أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد، وَأَصْلُهُ فِي الْبُخَارِيِّ

453. Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menunaikan shalat Ied tanpa adzan dan iqamah." (HR. Abu Dawud yang berasal dalam Shahih Al-Bukhari)

[Shahih: Abu Daud 1147]

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

(وَعَنْهُ) أَيْ ابْنِ عَبَّاسٍ «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صَلَّى الْعِيدَ بِلَا أَذَانٍ وَلَا إقَامَةٍ» . أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد، وَأَصْلُهُ فِي الْبُخَارِيِّ) ، وَهُوَ دَلِيلٌ عَلَى عَدَمِ شَرْعِيَّتِهِمَا فِي صَلَاةِ الْعِيدِ فَإِنَّهُمَا بِدْعَةٌ وَرَوَى ابْنُ أَبِي شَيْبَةَ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيِّبِ: " أَنَّ أَوَّلَ مَنْ أَحْدَثَ الْأَذَانَ لِصَلَاةِ الْعِيدِ مُعَاوِيَةُ " وَمِثْلُهُ رَوَاهُ الشَّافِعِيُّ عَنْ الثِّقَةِ وَزَادَ "، وَأَخَذَ بِهِ الْحَجَّاجُ حِينَ أُمِّرَ عَلَى الْمَدِينَةِ " وَرَوَى ابْنُ الْمُنْذِرِ: " أَنْ أَوَّلَ مَنْ أَحْدَثَهُ زِيَادٌ بِالْبَصْرَةِ " وَقِيلَ: أَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَهُ مَرْوَانُ، وَقَالَ ابْنُ حَبِيبٍ: أَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ، وَأَقَامَ أَيْضًا، وَقَدْ رَوَى الشَّافِعِيُّ عَنْ الثِّقَةِ عَنْ الزُّهْرِيِّ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كَانَ يَأْمُرُ الْمُؤَذِّنَ فِي الْعِيدِ أَنْ يَقُولَ الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ» قَالَ فِي الشَّرْحِ: وَهَذَا مُرْسَلٌ يُعْتَضَدُ بِالْقِيَاسِ عَلَى الْكُسُوفِ لِثُبُوتِ ذَلِكَ فِيهِ قُلْت: وَفِيهِ تَأَمُّلٌ.

Tafsir Hadits

Ini adalah dalil tentang tidak disyariatkannya adzan dan iqamah dalam shalat ied dan keduanya adalah bid'ah.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Ibnul Musayyib, "Sesungguhnya orang pertama yang mengada-adakan adzan untuk shalat ied adalah Muawiyah." [Ibnu Abi Syaibah (1/491)]

Dan serupa dengan ini diriwayatkan oleh Asy-Syafii dari rawi-rawi yang tsiqah dan ia menambahkan, "Dan para hujaj mengambil darinya ketika ia memerintah Madinah." Ibnul Mundzir meriwayatkan, "Sesungguhnya orang yang pertama kali mengada-adakannya adalah Jiyad di Bashrah." Dikatakan, "Orang yang pertama kali mengada-adakannya adalah Marwan." Ibnu Abi Hubaib mengatakan, "Orang pertama yang mengadakannya adalah Abdullah bin Az-Zubair dan ia juga beriqamah."

Asy-Syafii telah meriwayatkan dari rawi-rawi tsiqah dari Az-Zuhri, "Sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam selalu memerintahkan muadzin untuk mengatakan, "Ash-Shalatu jamiah" (mari shalat berjamaah). Ia berkata dalam Asy-Syarh, "Ini adalah hadits mursal yang dikuatkan dengan qiyas kepada shalat khusuf, karena tetapnya hal tersebut -adzan dan iqamah- di dalamnya." Aku berkata, "Ini perlu dicermati."

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

53. Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) mengerjakan solat hari raya tanpa mengumandangkan azan dan iqamah. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud. Asal hadis ini berada dalam al-Bukhari)

Makna Hadis

Oleh kerana hukum solat hari raya adalah sunat mu’akkad, maka tidak disyariatkan azan dan iqamah, kerana azan dan iqamah hanya khusus bagi solat fardhu.

Mengumandangkan azan untuk mengerjakan solat hari raya adalah bi’dah dan orang yang pertama berbuat demikian adalah Mu’awiyah ibn Abu Sufyan. Juru azan untuk solat hari raya dianjurkan mengumandangkan: الصلاة جامعة (Kerjakanlah solat dengan berjemaah) kerana berdalilkan kepada hadis Muslim dan diperkuat oleh qiyas ke atas solat gerhana yang semua itu telah pun ditetapkan.

Analisis Lafaz

وعنه, daripada Ibnu Abbas (r.a) yang sumbernya sama dengan hadis sebelumnya.

أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد, diketengahkan oleh Abu Dawud daripada Abdul Rahman ibn ‘Abis, beliau berkata:

أشَهدتَ العيدَ معَ رسولِ اللهِ ﷺ قالَ نعَم ولَولا منزلتي منهُ ما شَهدتُه منَ الصِّغَرِ فأتى رسولُ اللهِ ﷺ العلَمَ الَّذي عندَ دارِ كثيرِ بنِ الصَّلتِ فصلّى ثمَّ خطبَ ولم يذكُر أذانًا ولا إقامةً قالَ ثمَّ أمرَنا بالصَّدقةِ قالَ فجعلَ النِّساءُ يُشِرنَ إلى آذانِهنَّ وحلوقِهنَّ قال فأمرَ بلالًا فأتاهنَّ ثمَّ رجعَ إلى النَّبيِّ ﷺ.

“Seorang lelaki bertanya kepada Ibn Abbas: ‘Apakah tuan pernah mengikuti hari raya bersama Rasulullah (s.a.w)?” Dia menjawab: “Ya, seandainya bukan kerana kedudukanku yang sangat dekat kepadanya, nescaya aku tidak dapat ikut solat bersamanya kerana waktu itu aku masih kanak-kanak. Rasulullah (s.a.w) berjumpa dengan Katsir ibn al-Shalt yang di tempatnya telah terpancang bendera, lalu baginda mengerjakan solat, kemudian berkhutbah: tetapi baginda tidak mengumandangkan azan dan iqamah.” Ibn Abbas (r.a) melanjutkan kisahnya: “Kemudian Nabi (s.a.w) menyuruh kami untuk bersedekah.” Ibn Abbas (r.a) berkata: “Sedangkan kaum wanita mengisyaratkan ke telinga dan leher mereka.” Ibn Abbas (r.a) melanjutkan kisahnya: “Nabi (s.a.w) menyuruh Bilal (untuk mengambil anting-anting dan kalung mereka), lalu Bilal mendatangi mereka (kaum wanita). Setelah itu dia kembali menemui Nabi (s.a.w).”

سأل رجل, seorang lelaki bertanya. Namanya tidak disebutkan dalam hadis ini.

أشَهدتَ العيدَ معَ رسولِ اللهِ ﷺ, apakah tuan pernah mengerjakan solat hari raya bersama Rasulullah (s.a.w)?

ولَولا منزلتي منهُ ما شَهدتُه منَ الصِّغَرِ, seandainya bukan kerana pertalian kerabatku dengan Rasulullah (s.a.w), nescaya aku tidak menghadiri solat hari raya kerana usiaku ketika itu masih kecil.

العلَمَ, bendera yang dipasang di tempat tinggal Katsir ibn al-Shalt ibn Mu’awiyah al-Kindi. Dia seorang tabi’in kenamaan, dilahirkan pada masa Nabi (s.a.w) masih hidup, lalu dia dan seluruh saudaranya berpindah dan menetap ke Madinah. Nafi’ berkata: “Pada mulanya dia bernama Qalil, kemudia namanya diganti oleh Khalifah ‘Umar menjadi Katsir.”

فجعلَ النِّساءُ يُشِرنَ إلى آذانِهنَّ وحلوقِهنَّ, kaum wanita mengisyaratkan ke arah anting-anting dan kalung mereka dengan tujuan ingin menyedekahkannya.

فأمرَ بلالًا فأتاهنَّ, Rasulullah (s.a.w) menyuruh Bilal menjumpai kaum wanita untuk mengambil apa yang hendak mereka sedekahkan.

ثمَّ رجعَ إلى النَّبيِّ ﷺ, kemudian Bilal kembali mendatangi Rasulullah (s.a.w) untuk menyerahkan apa yang mereka (kaum wanita) sedekahkan agar baginda menyalurkannya ke jalan yang baginda inginkan.

و اصله فى البخارى ,hadis ini berasal dari al-Bukhari yang 1afaznya seperti berikut:

"Atha’ telah menceritakan kepadaku bahawa Ibn Abbas (r.a) telah berkirim surat kepada al-Zubair setelah dia dibai’at, bahawa tidak ada azan untuk mengerjakan solat hari raya, sebaliknya apa yang mesti dilakukan sesudah itu adalah khutbah."

و انما الخطبة بعدىااصلاة, khutbah dilakukan setelah mengerjakan solat hari raya.

Fiqh Hadis

1. Tidak disyariatkan mengumandangkan azan dan iqamah untuk mengerjakan solat dua hari raya.
2. Kaum wanita boleh keluar menuju ke tempat solat.
3. Pada hari raya imam disunatkan menasihati kaum wanita dan menganjurkan mereka untuk bersedekah dan lain-lain sebagainya.
4. Boleh meminta sedekah untuk orang yang memerlukannya.
5. Wanita boleh menyedekahkan hartanya tanpa perlu meminta kebenaran suaminya.
6. Kaum wanita pada zaman Rasulullah (s.a.w) sentiasa bersegera mengeluarkan sedekah dari harta milik mereka meskipun itu adalah harta kesayangan mereka seperti perhiasan yang sedang mereka pakai.

Periwayat Hadis

Abdul Rahman ibn ‘Abis ibn Rabi’ah al-Nakha’i al-Kufi telah meriwayatkan hadis daripada Ibn Abbas dan riwayatnya telah diambil oleh Raqabah ibn Mashqalah. Ibnu Mu’in dan al-Nasa’i serta Abu Hatim menilainya tsiqah. Al-Zahabi berkata: “Abdul Rahman ibn ‘Abis meninggal dunia pada tahun 119 Hijriah.”

Penulis: Mualif
Editor: Abu Halima
©2023 Al-Marji'

Bagikan melalui:

Topik Pilihan