Bulughul Maram

02. Kitab Shalat: 14. Bab Shalat Ied - Shalat Ied Dua Rakaat - Hadis No. 452

  • ARTIKEL
  • Rabu, 16 Agustus 2023 | 07:06 WIB
foto

Foto: Serambi Indonesia

452 - وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صَلَّى يَوْمَ الْعِيدِ رَكْعَتَيْنِ، لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا» . أَخْرَجَهُ السَّبْعَةُ

452. Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma, "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam shalat pada hari raya Ied dua rakaat, beliau tidak shalat (sebelumnya) maupun sesudahnya." (HR. As-Sab'ah)

Al-Bukhari (964), Muslim (2094)

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[سبل السلام]

Tafsir Hadits

Hadits ini menunjukkan bahwa shalat ied itu dua rakaat. Ini merupakan ijma' bagi orang yang shalat bersama imam di tanah lapang. Adapun orang yang ketinggalan dari shalat Imam dan shalat sendirian, ia juga dua rakaat menurut mayoritas ulama. Ahmad dan Ats-Tsauri berpendapat ia harus shalat empat rakaat.

Said bin Manshur mengeluarkan riwayat dari Ibnu Mas'ud,

«مَنْ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الْعِيدِ مَعَ الْإِمَامِ فَلْيُصَلِّ أَرْبَعًا»

"Siapa yang terlambat shalat ied bersama imam, maka ia shalat empat rakaat."

*Mufradat - فَاتَ - يَفُوْتُ : lewat, berlalu, selesai, luput, hilang

Ini sanadnya shahih. Ishaq berkata, "Jika ia shalat di tanah lapang maka shalat dua rakaat, tetapi jika tidak -di tanah lapang- maka shalat empat rakaat." Abu Hanifah berkata, "Jika ia mengqadha shalat Ied, ia boleh memilih antara dua atau empat rakaat."

Shalat Ied telah disepakati secara ijma' atas pensyariatannya, tetapi para ulama berbeda pendapat dalam hal ini atas tiga pendapat;

Pertama; Wajib Ain. Ini adalah pendapat Al-Hadi dan Abu Hanifah berdasarkan kebiasaan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan khalifah-khalifah setelah beliau, dan juga perintah beliau mengajak keluar para perempuan. Demikian juga riwayat-riwayat yang telah lalu tentang hadits perintah pergi ke tempat-tempat shalat asalnya adalah wajib. Di antara dalil mereka adalah firman Allah Ta'ala,

{فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ}

"Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berkorbanlah." (QS. Al-Kautsar: 2) bagi orang yang mengatakan bahwa yang dimaksud adalah shalat iedul Adha. Demikian juga firman Allah Ta'ala,

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى (14) وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى (15)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia shalat." (QS. Al-A’la: 14-15) Telah ditafsirkan oleh sebagian besar ulama dengan zakat fitri dan shalat Iednya.

Kedua: Fardhu kifayah. Karena shalat Ied merupakan syiar, dan kewajibannya akan gugur jika telah didirikan oleh sebagian orang seperti halnya jihad. Pendapat ini didukung oleh Abu Thalib dan lain-lainnya.

Ketiga; Sunnah Muakkadah. Hal ini didasarkan kepada kebiasaan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam selalu melaksanakannya yang dapat dijadikan dalil disunnahkannya amalan tersebut. Ini adalah pendapat Zaid bin Ali dan sekelompok ulama, mereka berkata, "Berdasarkan sabda beliau Shallallahu Alaihi wa Sallam,

«خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ»

"Lima waktu shalat telah dituliskan oleh Allah atas hamba-Nya." [Shahih: Abu Daud 425]

Dalil ini dibantah berdalil dengan mafhum bilangan, dan kemungkinan kesempurnaan lafaznya, "Diwajibkan ini sehari semalam."

Dan dalam lafazh, "Beliau tidak shalat sebelumnya maupun sesudahnya." Dalil ini yang menunjukkan tidak disyariatkannya shalat sunnah sebelum dan sesudahnya, karena beliau tidak melakukan dan tidak memerintahkannya. Maka tidak ada hak pensyariatan atas beliau, dan tidak hak pensyariatan atas kita.

Akan datang hadits Abi Said yang menunjukkan bahwa Nabi meninggalkannya. Dan juga dari hadits Abu Said, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam shalat setelah Ied dua rakaat di rumahnya." Telah dishahihkan oleh Al-Hakim, maka yang dimaksud dengan sabdanya disini "tidak sesudahnya", adalah di tempat shalat.

ـــــــــــــــــــــــــــــ

[إبانة الأحكام]

452 - وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صَلَّى يَوْمَ الْعِيدِ رَكْعَتَيْنِ، لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا» . أَخْرَجَهُ السَّبْعَةُ

52. Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) mengerjakan solat hari raya dua rakaat; baginda tidak melakukan solat lain, sama ada sebelum ataupun sesudahnya. (Diriwayatkan oleh al-Sab’ah)

Makna Hadis

Solat sunat pada hari raya disyariatkan sebagai tanda syukur kepada Allah (s.w.t) di atas semua nikmat yang telah dilimpahkan kepada hamba-hamba-Nya berupa hidayah dan taufik hingga dapat menyempurnakan ibadah puasa pada hari raya aidil fitri dan dapat menunaikan manasik haji pada hari raya aidil adha.

Solat hari raya berjumlah dua rakaat dengan tujuan memberi keringanan kepada umat manusia dan dilakukan sebelum dua khutbah kerana kaum wanita dan kanak-kanak turut hadir di situ. Barang siapa yang hendak menghadiri dua khutbah, maka dia dibolehkan terus duduk dan barang siapa yang tidak ingin menyaksikannya, maka dia boleh terus pergi.

Solat hari raya adalah solat jahriyyah (yang bacaan ayatnya dengan suara kuat), meskipun ia termasuk solat yang dikerjakan pada waktu siang hari, kerana dengan ini diharapkan seluruh makmum dapat menikmati sekali gus merenungi bacaan al-Qur’an. Ulama bersepakat bahawa solat hari raya itu terdiri daripada dua rakaat bagi orang yang menghadirinya di tempat solat sejak mula bersama imam.

Barang siapa ketinggalan menurut pendapat Imam Ahmad, maka hendaklah dia melakukannya empat rakaat. Menurut Imam Abu Hanifah, seseorang itu dibolehkan memilih antara dua rakaat atau empat rakaat.

Solat hari raya hukumnya sunat mu’akkad menurut pendapat jumhur ulama. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah wajib, kerana ada perintah untuk mengerjakannya.

Apabila melakukan solat hari raya, maka tidak dibolehkan melakukan solat sunat yang lain, sama ada sebelum ataupun sesudahnya agar masyarakat awam tidak menyangka bahawa solat hari raya adalah wajib di samping Nabi (s.a.w) tidak pernah melakukan solat sunat yang selainnya, sama ada sebelum ataupun sesudahnya dan tidak pula memerintahkannya. Ini menunjukkan bahawa mengerjakan solat sunat yang lain tidak disyariatkan, tetapi dibenarkan apabila seseorang telah pulang ke rumahnya, lalu dia mengerjakan solat sunat di dalam rumahnya.

Analisis Lafaz

لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا, maksudnya ialah solat sunat sebelum solat hari raya dan sesudahnya. Nabi (s.a.w) tidak pernah mengerjakan solat sunat yang lain, sama ada sebelum ataupun sesudahnya.

Fiqh Hadis

1. Menjelaskan jumlah rakaat solat hari raya, iaitu sebanyak dua rakaat.
2. Tidak disyariatkan melakukan solat sunat yang lain, sama ada sebelum ataupun sesudah solat hari raya.

Imam Ahmad mengatakan bahawa makruh melakukan solat sunat sebelum dan sesudahnya.

Imam al-Syaf’ii mengatakan bahawa orang lain selain imam boleh melakukan solat sunat, sama ada sebelum ataupun sesudahnya, tetapi bagi imam itu dimakruhkan kerana berdalilkan dengan hadis ini.

Mazhab Hanafi mengatakan bahawa makruh mengerjakan solat sunat yang lain sebelum dan sesudah solat hari raya apabila itu dilakukan di tempat solat hari raya. Jika melakukan solat sebelum itu di dalam rumah, maka hukumnya dimakruhkan. Mereka mengatakan bahawa melakukan solat sesudahnya di dalam rumah hukumnya tidak dimakruhkan, kerana berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang akan diketengahkan dalam hadis no. 54.

Mazhab Maliki membezakan antara masjid dengan tempat solat. Menurut mereka, makmum makruh mengerjakan solat sunat di tempat solat sebelum solat hari raya, demikian pula sesudahnya, kerana berdalilkan dengan hadis ini. Tetapi jika makmum mengerjakan sunat yang selainnya itu di dalam masjid, kerana hujan dan lain-lain sebagainya, maka dia boleh mengerjakan solat sunat sebelum solat hari raya, iaitu solat tahyatul masjid dan dibolehkan pula sesudahnya, kerana tidak ada larangan mengenainya. Adapun bagi imam, maka hukumnya makruh secara mutlak tanpa wujud perbezaan antara masjid dengan tempat solat di tengah padang.

Sumber: 1. Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam karangan Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H) 2. Subulus Salam Karangan Imam Ash-Shan'ani (w. 1182 H). 3. Ibanatul Ahkam Karangan Alawi Abbas Al-Maliki (w. 1391 H) dan Hasan Sulaiman An-Nuri. Untuk kitab Ibanatul Ahkam jilid 3 dan 4 dilanjutkan oleh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Penulis: Mualif
Editor: Abu Halima
©2023 Al-Marji'

Bagikan melalui:

Topik Pilihan